ALCC AL AMIN TRAVEL SDN BHD

1 ) Selamat atau tidak untuk ke sana?

- In Shaa Allah selamat kerana kita tidak melawat ke zone perang  (Gaza). Sebaliknya kita hanya melawat ke Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya  seperti Jerusalem, Hebron, Batheleham, Jericho dan lain-lain tempat yang dinyatakan di dalam tentatif program.

2) Adakah kita masuk ke Israel?

- Ya tetapi hanya di kawasan yang dibenarkan dan selamat untuk pelancong sahaja.Palestine terbahagi kepada 3 bahagian.Bahagian  A, B, dan C . Bahagian A dikhususkan untuk orang Yahudi sahaja. Bahagian B orang Yahudi dan Palestine boleh sama-sama tinggal di situ dan bahagian C khusus untuk orang Palestine sahaja.

3) Ziarah AL-Aqsa seolah-olah menyokong Israel

- Tidak kerana 98% daripada wang yang kita belanjakan akan digunakan untuk makanan, tempat tinggal, pengangkutan dan lain-lain keperluan yang dimiliki sepenuhnya oleh penduduk Islam Palestine. Secara tidak langsung dengan menziarahi Bumi Palestine kita telah membantu ekonomi umat islam di sana. Mengikut sejarah Saidina Umar R.A, juga menziarahi masjidil Aqsa ketika Al Aqsa masih di bawah pemerintahan kerajaan Rome.

4) Pasport kita kena cop atau tidak ?

- Pasport anda tidak akan dicop hanya anda akan diberikan visa kemasukan.

5) Adakah kita ziarah zone perang?

- Tidak, kita tidak akan sama sekali menziarahi zone perang.

6) Adakah orang muda selamat untuk ke sana?

-  Ya, malah orang muda yang digalakkan  untuk menziarahi Palestine.

7) Adakah kanak-kanak selamat untuk dibawa bersama?

- Ya kanak-kanak selamat untuk dibawa bersama

8) Ada had umur tak untuk ke Palestine?

- Tiada had umur( dari bayi sehingga warga emas yang masih sihat boleh ke sana)